Khamis, 10 Mac 2011

Diari Abi

Nama diberi Mohd Saifuddin Bin Abd Hamid. Dilahirkan di kampung Sungai Rengas, kuala Terengganu pada 18 November 1986. Mendapat pendidikan awal di sek. keb. Rengas Bekah, kuala Terengganu kemudian memasuki Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, kuala Terengganu sehingga tingkatan 3. Selepas itu menutut di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu selama 4 tahun. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif, Shoubra Mesir dalam bidang Al-Quran Wal Qiraat, bermula pada tahun 2006 sehingga pulang pada tahun 2009.

Pernah berkhidmat di IMTIAZ dan Yayasan Islam Terengganu sebagai guru agama dan Tahfiz. Kini Mengajar di MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan. Mempunyai Teman hidup yang penyayang iaitu Wan Nadiah Bt. Wan Ismail, lepasan daripada Universiti Al-Azhar mesir dalam bidang syariah islamiah. InsyAllah bakal menerima cahaya mata pada bulan 8 nie..

Teringat pesanan daripada Syeikh Mohammad Abd Nabi semasa di Mesir katanya berkhidmatlah kpd Al-quran, nescaya kamu tidak akan susah. Abi sangat mengharapkan yang terbaik pada anak2 ulul albab terutamanya anak2 homeroom abi ini dari segi Al-Quran.. Berjaya dengan Al-Quran maka akademik juga akan ikut berjaya, InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan