Jumaat, 2 Disember 2011

Salam Maal Hijrah

Bismillahhirahmannirahim..asslamualaikum.ape khabar smue?sihat?alhamdulillah..Setelah slame ni kte brtungkus lumus untk sgala azam kte tercapai tahun 2011 atau 1432,diam tak diam kte dah pun mnjejakkan kaki ke tahun 1433..marilah kte same2 tanam azam untuk mnghadapi tahun ni dgn khidupan yg lebih baik dan diredhai Allah..InsyaAllah..jgn lupe tunaikan sgale tanggungjawab kte kat rumah tuu..denga ckap ibu n ayah buat ape yg abi suruh..jgn leka sangat sudah..apepon smoge kte jumpe ditahun hadapan..insyaAllah..ilal liqo' ma as salamah.

Khamis, 3 November 2011

Makan DuRian




Pada 21 julai,kami 1 homeroom telah makan seguni durian di dewan besar..majlis ni dikuatkuasa kan oleh HEP..majlis tuu sangat meriah!!abi juge mngajar tips berkaitan dgn durian..

Pergi makan KFC







Pada 25 Oktober,kami geng BESTARI tlah pergi makan bersama di KFC...best!hari tuu rancang hari tuu jgak pegi..Alhamdulillah..trima kaseh sgt kat abi sbb sanggup bwak kte org gi makan da la malam2 plak tuu..trima kasih jgak kat ustaz tuan,cikgu fikri n ustaz yusman sbb sudi bg kteorng naek kereta..yg bestnye lpas makan prempuan bestari dpat gi G-mart bli barang homeroom..pastu barulahh blek..smoge kte dpat pegi lag..insya-Allah..

Jumaat, 23 September 2011

perjumpaan homeroom 1 Bestari


           Perjumpaan homeroom 1 Bestari telah diadakan di foyer PSP pada 21 March 2011.Kami semua sempat menangkap gambar satu homeroom.Ahli homeroom kami terdiri daripada 15 orang.Presiden homeroom kami ialah Muhammad Najmuddin bin Muhammad Norber atau lebih dikenali sebagai Jimbo..Vice Presiden pula ialah Nor Aimi Liyana binti Abd.Aziz.Lelaki terdiri daripada Luqman,Izzat,Nuzul,Arif Sarun,Nur Arif,Suhaib.Perempuan pula terdiri daripada Syahira,Fariha,Amni,Sarah,Dhia,Naj

Rabu, 30 Mac 2011

kepentingan tajwid dalam bacaan al-quran

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN
Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.
Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan stu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

i. Kesalahan Nyata (لحن الجلي )
Al-Lahn al-Jali (اللحن الجلي ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (جلي ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.

Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

ii. Kesalahan Tersembunyi (لحن خفي )
Al-Lahn al-Khafi ( اللحن الخفي ) ditakrifkan sebagai kesalah yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahaghian ulama menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu haram bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu Tajwid maka wajiblah mereka belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.

2. Meningkatkan Minat Membacaal-Quran
Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca al-Quran akan yakin bahawa mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti bacaan al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca. Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanyanya sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-
فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه
Maksudnya:
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.

Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan.

3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul.
Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa membaca al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juzuk itu.

Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid.


4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat 

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:-


Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Maksudnya:
Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya. (Sahih Bukhari)

Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:
من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ،
ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت
Maksudnya:
Sesiapa yangmembaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

Ahad, 27 Mac 2011

homeroom 1 Bestari

PRESIDEN HOMEROOM KAMI IALAH MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN MUHAMMAD NORBER.AHLI KUMPULAN LELAKI BESTARI TERDIRI DARIPADA IZZAT,LUQMAN,HAFIZ,NUZUL,SUHAIB,NUR ARIF DAN ARIF.MEREKA SEMUA INI KADANGKALA DAPAT MENCERIAKAN HOMEROOM KAMI DENGAN PELBAGAI BENDA TERUTAMANYA NUZUL.

JAWATAN NAIB PRESIDEN PULA DIPEGANG OLEH NUR AIMI LIYANA BINTI ABDUL AZIZ.AHLI KUMPULAN PEREMPUAN PULA TERDIRI DARIPADA AMNI,NAJAH,DHIA,FARIHA,SARAH DAN SYAHIRAH